Harapan Untuk Anak Yatim
Pertubuhan Kebajikan Dan Perlindungan Al Haq Malaysia ditubuhkan pada 17 Mei 2017
dengan objektif memberi perlindungan, pembelaan dan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak yatim, anak-anak kurang upaya, anak-anak asnaf dan fakir miskin.
Terletak di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur, pertubuhan berjanji memberi sepenuh komitmen bagi memastikan kebajikan dan hak-hak keperluan ini dijaga dan diselaraskan dengan baik.
Kami juga akan menyediakan plan infrastruktur bagi pembangunan anak-anak di bawah jagaan kami dalam menikmati kualiti kehidupan yang sejahtera dan sempurna.