
7Eleven Malaysia melaksanakan Corporate Social Responsibility pada hari ini dengan menghubungi rumah kebajikan non profit NGO Malaysia Pertubuhan Kebajikan Dan Perlindungan Al-Haq yang telah terjejas akibat pandemid Covid 19. 7Eleven Malaysia derma RM10,000 dalam bentuk sumbangan wang susu tepung kanak-kanak kepada Al-Haq Malaysia, sebuah not for profit rumah anak yatim berdedikasi untuk kebajikan dan perlindungan kanak-kanak yang kurang bernasib baik.
Pengurus Besar 7Eleven, Ronan Lee berkata, “Setiap tahun dalam tempoh perayaan ini, adalah amat penting untuk tidak melupakan masyarakat sekeliling kita, terutamanya mereka yang kurang bernasib baik dan terabai. Hari Raya adalah masa untuk memikirkan kanan-kanak yang kurang bernasib baik dan tinggal di rumah kebajikan dan rumah anak yatim”.
Dengan bantuan ini, 7Eleven menyasarkan untuk membantu memenuhi keperluan pemakanan harian kanak-kanak dan meringankan sedikit beban kewangan yang dihadapi oleh Al Haq Malaysia, yang memainkan peranan penting dalam menawarkan perlindungan, penjagaan dan sokongan emosi kepada kanak-kanak daripada latar belakang yang mencabar. Sumbangan oleh 7Eleven mencerminkan komitmen berterusannya terhadap Corporate Social Responsibility dan inisiatif sokongan komuniti.
Mengucapkan terima kasih, pengurus Al Haq Malaysia, Fardilah berkata, “Kami sentiasa berterima kasih kepada 7-Eleven atas sumbangan pada masa yang mencabar ini. Peranan kami sebagai tempat perlindungan membekalkan keperluan haian untuk mereka menjadi yang paling penting apabila wabak itu melanda. Sukar bagi kami untuk mendapatkan sumbangan terutamanya apabila kami terpaksa mengekalkan operasi bertahan.
Tindakan kebaikan ini menekankan kepentingan kerja sama Sukarelawan Volunteer antara syarikat dan organisasi kebajikan dalam membina masyarakat yang lebih kasih sayang.
Kami mengalu-alukan sedekah daripada masyarakat dan terutamanya dana kewangan. Hubungi kami hari ini untuk menjayakan inisiatif kebajikan yang bermakna.. Mari kongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan. Sokongkan usaha murni ini melalui bayaran zakat online eZakatonline yang mudah dan cepat.