Dasar Privasi
Privasi Anda
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung melalui laman web Pertubuhan Kebajikan Dan Perlindungan Al Haq Malaysia di alhaqmalaysia.org.my.
Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain atau rakan kongsi yang dipercayai untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif.
Maklumat Yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel atau untuk membuat transaksi.
Maklumat identifikasi peribadi hanya akan dikumpulkan untuk komunikasi dan penyediaan perkhidmatan kepada anda. Ini termasuk nama, alamat e-mel, alamat surat-menyurat, nombor telefon, maklumat kad kredit yang diperlukan.
Cookies dan teknologi pemantauan akan digunakan untuk memahami keutamaan anda dan meningkatkan pengalaman pengguna anda di laman web ini.
Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.
Penggunaan Maklumat
Kami hanya menggunakan maklumat anda untuk menyediakan dan memperbaiki perkhidmatan kami kepada anda.
Dari semasa ke semasa kami akan menghantar maklumat tentang aktiviti atau program melalui e-mel, sms atau WhatsApp.
Data anda tidak akan digunakan untuk tujuan selain daripada yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti dan kerja sosial kami.
Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini.
Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.