Pada majlis tersebut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid turut menyantuni warga Peserta FELCRA dengan penyampaian Replika Cek Sumbangan kepada institusi kebajikan.
Turut hadir, Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun dan Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, Datuk Mat Roni Zakaria.
Beliau turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada 20 orang anak-anak yatim dan asnaf dari Rumah Perlindungan Al Haq.