Media Prima dan Nestle Sumbang 1300 Kotak Rezeki

Media Prima Berhad dan Nestle Malaysia menyampaikan 1300 Kotak Rezeki kepada golongan memerlukan di Balai Berita Bangsar. Misi Kotak Rezeki Dari Hati mencerminkan komitmen dan kasih sayang Media Prima untuk menyalurkan sumbangan sedekah kepada khalayak yang lebih luas dan menceriakan mereka dalam menjalani ibadah puasa serta Hari Raya.

Penaja utama program ini, Nestle Malaysia, derma produk jenamanya yang sudah sinonim dengan rakyat Malaysia seperti Milo, Nescafe, Maggi, Nestum, serta susu Nespray dan Omega. Majlis berkenaan disempurnakan oleh Pengerusi Kumpulan Media Prima Datuk Seri Dr Syed Hussain Al Junaid, bersama Ketua Pegawai Eksekutif Nestle Malaysia Juan Aranols.

Bantuan keperluan asas disalurkan kepada golongan asnaf, ibu tunggal miskin, rumah perlindungan orang tua dan rumah anak yatim, komuniti Projek Perumahan Rakyat (PPR), serta petugas barisan hadapan di sekitar Lembah Klang dan Pantai Timur. Antara yang hadir menerima sumbangan dalam acara simbolik pada majlis hari ini ialah Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Pertubuhan Kebajikan dan Perlindungan Al Haq Malaysia, Rumah Raudhatul Al-Faeez, serta Persatuan Kebajikan Wanita dan Ibu Tunggal Nur Iman.

Amir Rasyidi Johari, chief marketing officer kumpulan MPB serta TV3 dan Tonton, dalam ucapannya berkata “Sebagai penaja utama program, Nestle Malaysia menyumbang produk termasuk Milo, Nescafe, Sos Cili Maggi, Nestum, susu Nespray dan susu Omega. Sokongan program CSR corporate social responsibility datang daripada penaja seperti Jasmine Food Corporation, pasar raya Econsave, S&P Foods, dan Kantin Lab.

“Pengedaran Kotak Rezeki Dari Hati akan dilaksanakan dengan platform popular Media Prima termasuk TV3 Wanita Hari Ini, Hot FM, dan Molek FM serta Harian Metro bagi memastikan bantuan sampai kepada Charitable not for profit NGO Malaysia.” katanya.

Al Haq Malaysia ditubuhkan pada 17 Mei 2017 dengan objektif memberi perlindungan, kebajikan dan pendidikan kepada anak-anak yatim, anak OKU, anak-anak asnaf dan fakir miskin. Terletak di Kampung Datuk Keramat Kuala Lumpur, pertubuhan berjanji memberi komitmen bagi memastikan kebajikan anak anak dijaga dan diselaraskan dengan baik.

Jika anda ingin bekerjasama dengan kami, sila email (alhaqmalaysia.my@gmail.com) atau layari laman web (alhaqmalaysia.org.my)

Scroll to Top