Mini Karnival Al Haq diadakan bagi mendapatkan pembiayaan bagi menampung kos operasi dan perbelanjaan lain demi memastikan anak-anak selamat dan selesa di sini.
Terdapat banyak aktiviti menarik yang dianjurkan selain menjual makanan dan barangan seperti Nerf Games, sand art, bayblades, face painting dan pelbagai lagi. Karnival mini itu turut dihadiri ramai kanak-kanak lain dari rumah perlindungan lain di sekitar Kuala Lumpur.
Nasi Lemak Sedap adalah produk masakan oleh Rumah Al Haq sendiri untuk menampung kehidupan mereka. Rumah Al Haq juga mampu menyediakan dalam kuantiti yang banyak sekiranya anda ingin menaja atau sedeqah nasi lemak ke mana-mana tempat seperti rumah kebajikan atau ke masjid.