PERCAYA Bantu Remaja Asnaf, Sebar Semangat Ramadan


Pertubuhan Cahaya Hawwa (PERCAYA) terus memperkukuh komitmen kebajikan menerusi penganjuran Majlis Cherita Kasih Kita, Cherita Anak-Anak Kita 2025 pada 21 Mac lalu.

Program itu bertujuan meringankan beban remaja asnaf dan miskin bandar sempena Ramadan, sekali gus membawa pengalaman bermakna kepada mereka. Diketuai Pengerusi PERCAYA, Raja Mariam Raja Hairudin, bersama pengasas bersama Asfahana Abu Samah dan Nor Eliza Mohd Dom, majlis itu turut disokong oleh penasihat persatuan, Sukor Zainal dan Nur Azah Omar.

Menurut PERCAYA, CKK 2025 bukan sekadar majlis berbuka puasa, tetapi juga platform untuk mendidik generasi muda agar lebih cakna terhadap kebajikan serta menggalakkan mereka menjadi dermawan muda dalam membantu golongan memerlukan.

Scroll to Top