Sebanyak 20 orang anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan dan Perlindungan Al Haq Malaysia, Kampung Datuk Keramat telah diraikan dalam Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Sumbangan Hari Raya bertempat di Pacific Ballroom Hotel Seri Pacific.
Usaha berkongsi rezeki daripada pihak SAJI merupakan sebahagian daripada Program SAJI Seikhlas Hati, yang bukan sekadar usaha bermusim, tetapi inisiatif berterusan yang mencerminkan komitment SAJI dalam berbakti kepada masyarakat.
Pada majlis tersebut, anak yatim yang diraikan menerima sumbangan Aidilfitri bernilai RM300, serta hamper produk SAJI bernilai RM50 setiap seorang. Sebagai jenama yang dekat di hati rakyat Malaysia, SAJI meneruskan komitment kepada masyarakat menerusi program tanggungjawab sosial korporat CSR, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan yang mulia.
Kempen ini bukan sahaja menekankan kelazatan hidangan Aidilfitri, malah emosi dan kenangan yang mengiringi suasana perayaan sama ada suka ataupun duka, segalanya ialah Rasa yang wajar dihargai dan diraikan.
