Tentang Kami

Rumah Perlindungan AL-HAQ

Pertubuhan Kebajikan Dan Perlindungan Al Haq Malaysia ditubuhkan pada 17 Mei 2017 dengan objektif memberi perlindungan, pembelaan dan Pendidikan yang sempurna kepada anak-anak yatim, anak-anak kurang upaya, anak-anak asnaf dan fakir miskin.

Premis Pertubuhan Kebajikan Dan Perlindungan Al Haq Malaysia ini terletak di No 4, Lorong Pawang, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur.

Initiatif penubuhan rumah kebajikan ini dipimpin oleh Puan Norfadilah Binti Mohd Sabki yang dibantu oleh 3 kakitangan dan ahli jawatankuasa dengan sokongon JKM bersama penduduk setempat.

Pertubuhan berjanji memberi sepenuh komitmen bagi memastikan kebajikan dan hak-hak keperluan ini dijaga dan diselaraskan dengan baik.

Kami juga akan menyediakan plan infrastruktur bagi pembangunan anak-anak di bawah jagaan kami dalam menikmati kualiti kehidupan yang sejahtera dan sempurna.

Visi & Misi

Menjadi sebuah rumah kebajikan yang disegani dalam menyediakan perlindungan, pembelaan, dan pendidikan yang sempurna kepada golongan yang memerlukan, terutamanya anak yatim, asnaf, dan fakir miskin.

Scroll to Top